Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Disini saya nak kongsi pengalaman persediaan untuk memohon biasiswa BYDPA. Untuk makluman pengajian ijazah sarjana mod penyelidikan dan ijazah doktor falsafah penyelidikan sahaja yang boleh memohon biasiswa ini. Jadi, memang perlu sediakan Research Proposal sebelum membuat permohonan mana- mana universiti dan juga sebelum memohon biasiswa ini. Berdasarkan pengalaman saya, kalau memohon untuk peringkat PhD mestilah wajib mencari Supervisor terlebih dahulu. Macamna nak cari? secara ringkasnya, cari melalui website dan tengok kepakaran supervisor tersebut. Kalau nak tips lebih details untuk mencari supervisor saya akan kongsikan di topik lain ya. Bukan sekadar nama supervisor ya, mestilah sebaiknya ada komunikasi dan supervisor tersebut memang bersetuju nak menjadi supervisor anda. Setelah itu baru lah boleh memohon secara rasmi dengan universiti tersebut. Ringkasnya, supervisor ni macam pre- requisite untuk kita memohon untuk belajar dengan universiti tersebut. Untuk mudahkan pembacaan semua saya ceritakan dalam bentuk point ya:
1. Sediakan research proposal
2. Mendapat surat tawaran (sebaiknya surat tawaran tanpa syarat/ unconditional offer letter)
3. Dokumen akademik : sijil ijazah sarjana muda, ijazah sarjana, spm etc (salinan yang disahkan)
4. Sijil - sijil yang berkaitan dengan korikulum, community services etc.
5. Isi semua borang - borang berkaitan yang dinyatakan semasa iklan biasiswa
Iklan biasiswa biasanya pada bulan Februari dan biasanya tempoh sebulan ke tarikh akhir hantar dokumen. So, saya cadangkan, kalau berminat nak apply biasiswa tahun depan, tahun ni dah start cari potential supervisor dan universiti. Dapatkan surat tawaran dulu. Biasanya, selepas dapat surat tawaran boleh mohon untuk penangguhan dahulu sekiranya anda berhasrat untuk tunggu sehingga mendapat keputusan biasiswa.
Untuk pengalaman selepas saya disenarai pendek untuk ditemuduga boleh rujuk sini:
http://myazara-myazarablog.blogspot.com/2020/09/pengalaman-interview-biasiswa-yang.html
No comments:
Post a Comment