Tuesday, September 22, 2020

Syarat - syarat untuk mendapatkan biasiswa Yang Dipertuan Agong (BYDPA)

Assalamualaikum...kali ni saya nak cerita dan share pengalaman saya mendapatkan biasiswa yang dipertuan agong (BYDPA). Satu-satunya biasiswa berprestij di Malaysia. Secara jujurnya, tak pernah terfikir saya akan dapat peluang untuk dapat biasiswa ini. Alhamdulillah berkat usaha, dan doa dari keluarga saya berjaya mendapat biasiswa Yang Dipertuan Agong bagi tahun 2020/2021. Syarat- syarat yang ketat dan sangat kompetitif tentunya siapa- siapa pun akan rasa rendah diri. Kebanyakan yang mereka yang dapat , bila saya tanya, jawapan mesti lebih kurang sama contoh: " tak sangka dapat, susah sangat masa interview hari tu"....Di sini, saya percaya akal yang bijak sahaja tak cukup, tapi kena ada restu, doa dan berkat dari keluarga. Dan tentunya rezeki untuk dapat biasiswa ini adalah datang dari -NYA. Di sini saya kongsikan syarat - syarat  untuk rujukan awal (sumber dari iklan jpa 2020/2021): 

Syarat-Syarat Umum

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Umur tidak melebihi 35 tahun pada tahun memulakan pengajian di universiti.

Syarat-Syarat Khusus

  1. Mempunyai keputusan akademik yang amat cemerlang iaitu CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya;
  2. Calon yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif akan diberikan keistimewaan;
  3. Calon yang mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa akan diberikan keistimewaan;
  4. Telah mendapat tempat atau telah mendapat tawaran pengajian secara sepenuh masa dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang atau Kewangan Islam di universiti penyelidikan tempatan seperti di Lampiran A1 atau di universiti terkemuka dunia mengikut bidang yang dipersetujui oleh JPA seperti di Lampiran A2;
  5. Senarai kursus di bawah bidang Sains dan Teknologi adalah seperti di Lampiran A3; dan
  6. Pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan sahaja yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan atau disertasi atau tesis.

Penerima BYDPA dikehendaki menandatangani perjanjian dengan Kerajaan dan diwajibkan pulang ke Malaysia untuk berkhidmat di negara ini bagi tempoh tidak kurang dari lima (5) tahun setelah tamat pengajian. Sekiranya calon yang terpilih adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tajaan JPA di peringkat Ijazah Sarjana Muda, mereka masih terikat untuk berkhidmat dengan Kerajaan mengikut tempoh yang telah ditetapkan di bawah penajaan peringkat Sarjana Muda. Kadar gantirugi seperti yang berkuatkuasa pada masa sekarang akan dikenakan sekiranya pelajar melanggar syarat perjanjian yang ditetapkan.


Diingatkan juga. Hanya surat tawaran dari universiti yang tersenarai sahaja akan layak memohon biasiswa ini. Berikut saya sertakan senarai untuk tahun 2020/2021. Rujukan dari 

https://www.moh.gov.my/moh/resources/maklumat%20terkini/Iklan%20Tawaran%20Pengajian%20Separuh%20Masa/2020/Feb/IKLAN_JPA.pdf

No comments:

Post a Comment