Assalamualaikum dan selamat pagi...;) sekarang jam dah pukul 1.37 pagi. Baru ada ruang untuk menulis lagi. Kalau ikutkan waktu yang ada rasa tak terkejar nak menulis blog ni. Tapi bila fikir ini adalah satu platform untuk saya kongsikan pengalaman interview BYDPA jadi saya teruskan dan cuba juga cari masa. Tambahan ramai juga pm tanya pengalaman dan tips. Rasa kerdil nak bagi tips so saya rasa ianya lebih kepada perkongsian pengalaman. Sebab pengalaman interview ni saya percaya tak sama dengan yang lain - lain. Harap sangat perkongsian ini mampu memberi manfaat dan sesiapa yang membaca tulisan ini. Pada tarikh 1 Mei 2020 (Jumaat) 9.39 p.m. saya mendapat mesej untuk menyemak keputusan panggilan temuduga BYDPA. Bila nampak tulisan Tahniah! jujurnya mengalir air mata gembira. Baru disenaraipendek tapi perasaannya macam dah dapat keputusan "berjaya". ;) Sebab tahu, beratus - ratus permohonan yang dihantar dan tentu berbagai- bagai pencapaian dan kelebihan calon2 yang menghantar permohonan BYDPA ni. Pada masa ni, melompat - lompat hati ni nak bagitahu satu dunia yang saya dah dapat disenarai pendek. Tapi masa tu akal yang waras 'menahan'. Salah satu sebabnya, saya berpegang teguh "Work hard in silence, Let Success make the noise". Pegang la kata - kata ini insyaallah apa saja kita rancang akan lebih mudah dan berjalan lancar. Kena ingat, apa saja kita capai atau ada, tak semua orang suka. Jadi sebaiknya kita simpan kalau apa - apa yang belum pasti. Supaya kalau tak berjaya, kecewa dan sedih tu biar tersimpan kemas di hati sendiri.
Keputusan semakan senaraipendek temudugaSaya dikehendaki untuk menduduki ujian psikometrik yang diberi masa selama satu jam untuk menjawab dan tempoh ujian dibuka hanya seminggu. Boleh pilih mana -mana hari dan waktu untuk menjawab cuma diingatkan tidak menjawab saat- saat akhir bimbang ada masalah teknikal. Masa ni dua ujian saya jawab, satu untuk permohonan biasiswa MARA dan satu lagi BYDPA. Soalan semuanya dalam bahasa melayu untuk BYDPA ni tapi ada beberapa seksyen seperti kenegaraan, personaliti etc. Masa tu sangat mencabar, tiga orang anak dengan pelbagai "drama", but Alhamdulillah, semua dipermudahkan. Sepanjang menjawab doa tak lekang dibibir. Soalanya bersifat general dan tipsnya jawab lah seikhlas hati;). Lagi satu dengan keadaan berfikiran positif sangat membantu untuk menjawab semua soalan -soalan tersebut. Insyaallah. Tak perlu study fakta apa - apa tapi lebih kepada menguji cara pemikiran dan personaliti kita dalam menjawab soalan - soalan tersebut. Takda betul dan Takada salah jawapan pilihan yang ada;).
Oh ya memandangkan Covid -19, saya juga perlu menjawab soal selidik sama ada prefer online interview atau interview face to face. Saya prefer online interview bila fikir keadaan covid -19 ni dan juga saya memang ada kemudahan wifi di rumah. So online interview is the best for me.
Saya juga perlu menyediakan research proposal , slide presentation, video presentation berdurasi tidak lebih dari 5 minit dan mestilah video presentation yang memperlihatkan kedua - dua dalam masa yang sama iaitu "content presentation" dan saya yang membuat presentation. To be honest, berpuluh kali saya berlatih dan seterusnya membuat video. Berpuluh video saya rakam dan ulang - ulang sampai rasa puas hati. Masa tu bulan puasa, memang sampai sahur saya ulang dan rakam sehingga puas hati. Perasaan masa tu, macam ni ok ke? macam tu ok ke?. Allah je tahu perasaan masa tu. Cuma saya ada juga minta tips dari pemegang BYDPA terdahulu, Dr Nazri Bajuri. Boleh baca blog beliau juga nanti, beliau ada share juga.
Selesai upload semua dokumen dan jawab ujian dan kaji selidik, barulah saya mendapat email seterusnya iaitu tarikh interview iaitu pada 9 jun 2020 (Selasa) 10.30 a.m. hingga 11.20 a.m. melalui aplikasi WEBEX.
Sehari sebelum interview, saya inform kat semua family dan family in law minta doakan kelancaran temuduga saya dan berjaya hendaknya. Saya percaya doa husband, anak2, family, adik beradik adalah doa paling kuat dan berkat insyaallah.
Hari interview, walaupun online interview, saya bersiap seolah- olah face to face interview. Lengkap berpakaian baju kurung dan tudung serta make up. ;) Bagi saya penampilan kita tu menjadi persepsi awal kepada penemuduga untuk melihat personaliti kita. Basically, para penemuduga dah melihat video presentation dan membaca research proposal yang telah saya hantar awal sebelum interview. Jadi sesi interview adalah sesi soal jawab antara saya dan penemuduga. Ada 3 orang panel dan seorang moderator. Semua panel merupakan expert dari universiti tertentu.
Banyak soalan - soalan diajukan berkaitan research proposal saya. Mereka ingin tahu apa projek saya akan buat, apa novelty of the study berbanding yang sedia ada sekarang, perancangan saya sepanjang PhD 3 tahun dan perancangan selepas selesai PhD. Yang paling penting apa sumbangan hasil penyelidikan itu nanti kepada negara. Di sini, saya sehabis baik menerangkan apa kelebihan dan kekuatan projek penyelidikan yang saya akan buat. Pengalaman master by research sebelum ini memudahkan lagi saya untuk menjawab soalan - soalan tersebut. So kalau ada baca tips persediaan sebelum memohon biasiswa yang saya ada kongsikan sebelum ini, memang saya mention kena sediakan research proposal jika ada peluang pergi dan berjumpa lah dengan potential supervisor. Dapatkan input dari beliau insyaallah ada penambahbaikan yang kita boleh buat. Macam saya, saya memang ada berjumpa dengan potential supervisor saya, Dr Masne Kadar. Beliau sangat membantu dalam memberi input kepada projek penyelidikan saya. Untuk part yang berkaitan fakta. Jujurnya, saya membaca dan memahami semua apa saja berkaitan dengan YDPA dan juga negara Malaysia yang dilanda covid -19 sekarang ni. You name it, apa saja pengumuman atau perancangan PM dan titah YDPA saya baca dan ingat satu persatu. Salah satu soalan yang saya ingat lebih kurang begini "Apa pendapat Puan, rukun negara dan perpaduan rakyat Malaysia". ;) ya sebaiknya jawabla soalan tersebut dengan mengait keadaan isu semasa pada masa itu. Macam saya, saya kaitkan dengan situasi Covid-19 di Malaysia. Selesai temuduga barulah selera makan muncul;).
Dan alhamdulillah 14 Julai 2020 (Selasa) 12.23 p.m. , saya mendapat mesej untuk menyemak keputusan temuduga tersebut. Ya allah masa tu baru lepas solat Dhuha. Terketar - ketar semak keputusan. Lepas nampak perkataan "BERJAYA" terus sujud syukur dan menangis seronok Allah saja yang tahu. Menangis telefon husband, mak, mak mertua and termasuk kawan2 rapat (you know who you are;)), dan barulah dihebahkan kepada semua. Dihebahkan bukan untuk menunjuk tapi niat kongsi kegembiraan dan paling penting moga mampu jadi inspirasi kepada semua. Sesiapa sahaja boleh berjaya jika berusaha. Bila dapat tahu lebih 700 permohonan, 62 orang disenaraipendek dan hanya 12 orang terpilih di Malaysia ini. Worth all the sweats and tears.
Diharap perkongsian ini mampu memberi manfaat kepada sesiapa yang membaca tulisan saya ini. Mohon doakan perjalanan urusan PhD saya dipermudahkan dari awal sehingga tamat PhD. Insyaallah.
Link untuk tips persediaan sebelum memohon BYDPA :
http://myazara-myazarablog.blogspot.com/2020/09/tips-untuk-persediaan-memohon-biasiswa.html
temuduga dijalankan dalam bahasa melayu atau english ya ?
ReplyDelete