Tuesday, September 22, 2020

Pengalaman interview biasiswa Yang Dipertuan Agong (BYPDA)2020/2021 (Semasa MCO covid-19)

 

Assalamualaikum dan selamat pagi...;) sekarang jam dah pukul 1.37 pagi. Baru ada ruang untuk menulis lagi. Kalau ikutkan waktu yang ada rasa tak terkejar nak menulis blog ni. Tapi bila fikir ini adalah satu platform untuk saya kongsikan pengalaman interview BYDPA jadi saya teruskan dan cuba juga cari masa. Tambahan ramai juga pm tanya pengalaman dan tips. Rasa kerdil nak bagi tips so saya rasa ianya lebih kepada perkongsian pengalaman. Sebab pengalaman interview ni saya percaya tak sama dengan yang lain - lain. Harap sangat perkongsian ini mampu memberi manfaat dan sesiapa yang membaca tulisan ini. Pada tarikh 1 Mei 2020 (Jumaat) 9.39 p.m. saya mendapat mesej untuk menyemak keputusan panggilan temuduga BYDPA. Bila nampak tulisan Tahniah! jujurnya mengalir air mata gembira. Baru disenaraipendek tapi perasaannya macam dah dapat keputusan "berjaya". ;)  Sebab tahu, beratus - ratus permohonan yang dihantar dan tentu berbagai- bagai pencapaian dan kelebihan calon2 yang menghantar permohonan BYDPA ni. Pada masa ni, melompat - lompat hati ni nak bagitahu satu dunia yang saya dah dapat disenarai pendek. Tapi masa tu akal yang waras 'menahan'. Salah satu sebabnya, saya berpegang teguh "Work hard in silence, Let Success make the noise". Pegang la kata - kata ini insyaallah apa saja kita rancang akan lebih mudah dan berjalan lancar. Kena ingat, apa saja kita capai atau ada, tak semua orang suka. Jadi sebaiknya kita simpan kalau apa - apa yang belum pasti. Supaya kalau tak berjaya, kecewa dan sedih tu biar tersimpan kemas di hati sendiri. 

                                                      Keputusan semakan senaraipendek temuduga

Saya dikehendaki untuk menduduki ujian psikometrik yang diberi masa selama satu jam untuk menjawab dan tempoh ujian dibuka hanya seminggu. Boleh pilih mana -mana hari dan waktu untuk menjawab cuma diingatkan tidak menjawab saat- saat akhir bimbang ada masalah teknikal. Masa ni dua ujian saya jawab, satu untuk permohonan biasiswa MARA dan satu lagi BYDPA. Soalan semuanya dalam bahasa melayu untuk BYDPA ni tapi ada beberapa seksyen seperti kenegaraan, personaliti etc. Masa tu sangat mencabar, tiga orang anak dengan pelbagai "drama", but Alhamdulillah, semua dipermudahkan.  Sepanjang menjawab doa tak lekang dibibir. Soalanya bersifat general dan tipsnya jawab lah seikhlas hati;). Lagi satu dengan keadaan berfikiran positif sangat membantu untuk menjawab semua soalan -soalan tersebut. Insyaallah. Tak perlu study fakta apa - apa tapi lebih kepada menguji cara pemikiran dan personaliti kita dalam menjawab soalan - soalan tersebut. Takda betul dan Takada salah jawapan pilihan yang ada;). 

Oh ya memandangkan Covid -19, saya juga perlu menjawab soal selidik sama ada prefer online interview atau interview face to face. Saya prefer online interview bila fikir keadaan covid -19 ni dan juga saya memang ada kemudahan wifi di rumah. So online interview is the best for me

Saya juga perlu menyediakan research proposal , slide presentation, video presentation berdurasi tidak lebih dari 5 minit dan mestilah video presentation yang memperlihatkan kedua - dua dalam masa yang sama iaitu "content presentation" dan saya yang membuat presentation. To be honest, berpuluh kali saya berlatih dan seterusnya membuat video. Berpuluh video saya rakam dan ulang - ulang sampai rasa puas hati. Masa tu bulan puasa, memang sampai sahur saya ulang dan rakam sehingga puas hati. Perasaan masa tu, macam ni ok ke? macam tu ok ke?. Allah je tahu perasaan masa tu. Cuma saya ada juga minta tips dari pemegang BYDPA terdahulu, Dr Nazri Bajuri. Boleh baca blog beliau juga nanti, beliau ada share juga. 

Selesai upload semua dokumen dan jawab ujian dan kaji selidik, barulah saya mendapat email seterusnya iaitu tarikh interview iaitu pada 9 jun 2020 (Selasa) 10.30 a.m. hingga 11.20 a.m. melalui aplikasi WEBEX. 

Sehari sebelum interview, saya inform kat semua family dan family in law minta doakan kelancaran temuduga saya dan berjaya hendaknya. Saya percaya doa husband, anak2, family, adik beradik adalah doa paling kuat dan berkat insyaallah. 

Hari interview, walaupun online interview, saya bersiap seolah- olah face to face interview. Lengkap berpakaian baju kurung dan tudung serta make up. ;) Bagi saya penampilan kita tu menjadi persepsi awal kepada penemuduga untuk melihat personaliti kita. Basically,  para penemuduga dah melihat video presentation dan membaca research proposal yang telah saya hantar awal sebelum interview. Jadi sesi interview adalah sesi soal jawab antara saya dan penemuduga. Ada 3 orang panel dan seorang moderator. Semua panel merupakan expert dari universiti tertentu.

Banyak soalan - soalan diajukan berkaitan research proposal saya. Mereka ingin tahu apa projek saya akan buat, apa novelty of the study berbanding yang sedia ada sekarang, perancangan saya sepanjang PhD 3 tahun dan perancangan selepas selesai PhD. Yang paling penting apa sumbangan hasil penyelidikan itu nanti kepada negara. Di sini, saya sehabis baik menerangkan apa kelebihan dan kekuatan projek penyelidikan yang saya akan buat. Pengalaman master by research sebelum ini memudahkan lagi saya untuk menjawab soalan - soalan tersebut. So kalau ada baca tips persediaan sebelum memohon biasiswa yang saya ada kongsikan sebelum ini, memang saya mention kena sediakan research proposal jika ada peluang pergi dan berjumpa lah dengan potential supervisor. Dapatkan input dari beliau insyaallah ada penambahbaikan yang kita boleh buat. Macam saya, saya memang ada berjumpa dengan potential supervisor saya, Dr Masne Kadar. Beliau sangat membantu dalam memberi input kepada projek penyelidikan saya. Untuk part yang berkaitan fakta. Jujurnya, saya membaca dan memahami semua apa saja berkaitan dengan YDPA dan juga negara Malaysia yang dilanda covid -19 sekarang ni. You name it, apa saja pengumuman atau perancangan PM dan titah YDPA saya baca dan ingat satu persatu. Salah satu soalan yang saya ingat lebih kurang begini "Apa pendapat Puan, rukun negara dan perpaduan rakyat Malaysia". ;) ya sebaiknya jawabla soalan tersebut dengan mengait keadaan isu semasa pada masa itu. Macam saya, saya kaitkan dengan situasi Covid-19 di Malaysia. Selesai temuduga barulah selera makan muncul;). 

Dan alhamdulillah 14 Julai 2020 (Selasa) 12.23 p.m. , saya mendapat mesej untuk menyemak keputusan temuduga tersebut. Ya allah masa tu baru lepas solat Dhuha. Terketar - ketar semak keputusan. Lepas nampak perkataan "BERJAYA" terus sujud syukur dan menangis seronok Allah saja yang tahu. Menangis telefon husband, mak, mak mertua and termasuk kawan2 rapat (you know who you are;)), dan barulah dihebahkan kepada semua. Dihebahkan bukan untuk menunjuk tapi niat kongsi kegembiraan dan paling penting moga mampu jadi inspirasi kepada semua. Sesiapa sahaja boleh berjaya jika berusaha. Bila dapat tahu lebih 700 permohonan, 62 orang disenaraipendek dan hanya 12 orang terpilih di Malaysia ini. Worth all the sweats and tears.  


                       The exclusive scroll , sekali seumur hidup, 12 orang terpilih, Thanks Allah!


                                                  11 penerima biasiswa YDPA 2020/2021

Diharap perkongsian ini mampu memberi manfaat kepada sesiapa yang membaca tulisan saya ini. Mohon doakan perjalanan urusan PhD saya dipermudahkan dari awal sehingga tamat PhD. Insyaallah. 


Link untuk tips persediaan sebelum memohon BYDPA :

 http://myazara-myazarablog.blogspot.com/2020/09/tips-untuk-persediaan-memohon-biasiswa.html



Tips untuk persediaan memohon biasiswa Yang Dipertuan Agong (BYDPA)

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Disini saya nak kongsi pengalaman persediaan untuk memohon biasiswa BYDPA. Untuk makluman pengajian ijazah sarjana mod penyelidikan dan ijazah doktor falsafah penyelidikan sahaja yang boleh memohon biasiswa ini. Jadi, memang perlu sediakan Research Proposal sebelum membuat permohonan mana- mana universiti dan juga sebelum memohon biasiswa ini. Berdasarkan pengalaman saya, kalau memohon untuk peringkat PhD mestilah wajib mencari Supervisor terlebih dahulu. Macamna nak cari? secara ringkasnya, cari melalui website dan tengok kepakaran supervisor tersebut. Kalau nak tips lebih details untuk mencari supervisor saya akan kongsikan di topik lain ya. Bukan sekadar nama supervisor ya, mestilah sebaiknya ada komunikasi dan supervisor tersebut memang bersetuju nak menjadi supervisor anda. Setelah itu baru lah boleh memohon secara rasmi dengan universiti tersebut. Ringkasnya, supervisor ni macam pre- requisite untuk kita memohon untuk belajar dengan universiti tersebut. Untuk mudahkan pembacaan semua saya ceritakan dalam bentuk point ya:


1. Sediakan research proposal 

2. Mendapat surat tawaran (sebaiknya surat tawaran tanpa syarat/ unconditional offer letter)

3. Dokumen akademik : sijil ijazah sarjana muda, ijazah sarjana, spm etc (salinan yang disahkan)

4. Sijil - sijil yang berkaitan dengan korikulum, community services etc.

5. Isi semua borang - borang berkaitan yang dinyatakan semasa iklan biasiswa 

Iklan biasiswa biasanya pada bulan Februari dan biasanya tempoh sebulan ke tarikh akhir hantar dokumen. So, saya cadangkan, kalau berminat nak apply biasiswa tahun depan, tahun ni dah start cari potential supervisor dan universiti. Dapatkan surat tawaran dulu. Biasanya, selepas dapat surat tawaran boleh mohon untuk penangguhan dahulu sekiranya anda berhasrat untuk tunggu sehingga mendapat keputusan biasiswa. 

Untuk pengalaman selepas saya disenarai pendek untuk ditemuduga boleh rujuk sini:

http://myazara-myazarablog.blogspot.com/2020/09/pengalaman-interview-biasiswa-yang.html 


Syarat - syarat untuk mendapatkan biasiswa Yang Dipertuan Agong (BYDPA)

Assalamualaikum...kali ni saya nak cerita dan share pengalaman saya mendapatkan biasiswa yang dipertuan agong (BYDPA). Satu-satunya biasiswa berprestij di Malaysia. Secara jujurnya, tak pernah terfikir saya akan dapat peluang untuk dapat biasiswa ini. Alhamdulillah berkat usaha, dan doa dari keluarga saya berjaya mendapat biasiswa Yang Dipertuan Agong bagi tahun 2020/2021. Syarat- syarat yang ketat dan sangat kompetitif tentunya siapa- siapa pun akan rasa rendah diri. Kebanyakan yang mereka yang dapat , bila saya tanya, jawapan mesti lebih kurang sama contoh: " tak sangka dapat, susah sangat masa interview hari tu"....Di sini, saya percaya akal yang bijak sahaja tak cukup, tapi kena ada restu, doa dan berkat dari keluarga. Dan tentunya rezeki untuk dapat biasiswa ini adalah datang dari -NYA. Di sini saya kongsikan syarat - syarat  untuk rujukan awal (sumber dari iklan jpa 2020/2021): 

Syarat-Syarat Umum

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Umur tidak melebihi 35 tahun pada tahun memulakan pengajian di universiti.

Syarat-Syarat Khusus

  1. Mempunyai keputusan akademik yang amat cemerlang iaitu CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya;
  2. Calon yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif akan diberikan keistimewaan;
  3. Calon yang mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa akan diberikan keistimewaan;
  4. Telah mendapat tempat atau telah mendapat tawaran pengajian secara sepenuh masa dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang atau Kewangan Islam di universiti penyelidikan tempatan seperti di Lampiran A1 atau di universiti terkemuka dunia mengikut bidang yang dipersetujui oleh JPA seperti di Lampiran A2;
  5. Senarai kursus di bawah bidang Sains dan Teknologi adalah seperti di Lampiran A3; dan
  6. Pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan sahaja yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan atau disertasi atau tesis.

Penerima BYDPA dikehendaki menandatangani perjanjian dengan Kerajaan dan diwajibkan pulang ke Malaysia untuk berkhidmat di negara ini bagi tempoh tidak kurang dari lima (5) tahun setelah tamat pengajian. Sekiranya calon yang terpilih adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tajaan JPA di peringkat Ijazah Sarjana Muda, mereka masih terikat untuk berkhidmat dengan Kerajaan mengikut tempoh yang telah ditetapkan di bawah penajaan peringkat Sarjana Muda. Kadar gantirugi seperti yang berkuatkuasa pada masa sekarang akan dikenakan sekiranya pelajar melanggar syarat perjanjian yang ditetapkan.


Diingatkan juga. Hanya surat tawaran dari universiti yang tersenarai sahaja akan layak memohon biasiswa ini. Berikut saya sertakan senarai untuk tahun 2020/2021. Rujukan dari 

https://www.moh.gov.my/moh/resources/maklumat%20terkini/Iklan%20Tawaran%20Pengajian%20Separuh%20Masa/2020/Feb/IKLAN_JPA.pdf

Monday, July 27, 2020

Tips Sambung Master by research PART 2

sambungan tips sambung master.

sebelum saya start dengan lebih jauh. Saya dah selamat viva dan lulus master by research within 2 years and half. Saya sepatutnya siap lebih awal, dah submit thesis awal, tapi ada isu potential examiner pada masa itu so ambil masa 6 bulan proses tukar examiner masa tu. Sekarang mungkin lebih cepat. So please discuss dengan supervisor ni awal supaya tak berlaku kesilapan macam saya. Apapon, saya selamat graduate dan merupakan org pertama graduate by research untuk program saya di fakulti sains kesihatan. Kawan - kawan yg daftar lebih awal dari saya graduate juga tapi after 2 years later saya graduate. Ada juga yang hilang ada juga yang quit terus. Again sebab tu pentingnya betulkan NIAT sebelum start master by research. jangan ikut kawan atau orang lain. INGAT takdir hidup dan jalan hidup kita ni Allah susun tak sama. Mana yang terbaik buat kita belum tentu terbaik buat orang lain. Long short story, saya hampir lupa nak sambung blog ni sebab busy sangat. Saya skrg anak 3 dan dah 4 tahun keje UiTM. Saya mula menulis balik sebab ada benda yang saya rasa nak share dengan org supaya boleh membantu dan bermanfaat untuk orang lain. Iaitu saya berjaya dapat biasiswa Yang Dipertuan Agong biasiswa yang  berprestij. Yang ni saya cerita di entry lain ya. Ok tips seterusnya:

4. Sangat penting reflect diri, anda kena jadi orang yang sangat self - initiative sepanjang jadi student master by research ni. sebab its LONELY journey. Hanya anda je tahu apa masalah research dan dugaan yang anda lalui. Kawan - kawan kalau ada pon mereka akan lonely dengan masalah research diorg sendri. So if anda orang yang jenis nak kena ada org ingatkan atau org 'ketuk' bru nak jalan better jangan pilih master by research. Or else anda akan jadi dikalangan org yang quit atau hilang tanpa khabar berita.

5. Self learning. Saya byk pergi kursus dan bayar sendri kos kursus untuk saya belajar seperti kos Nvivo, Mendeley dan beberapa lagi yang berkaitan dengan skills yang saya perlu ada untuk siapkan thesis saya. Mmg jiwa saya by research ni. Sebab saya bebas pilih nak g kos apa dan bila nak pergi. very flexible sesuai dengan situasi saya sambung master sambil jaga anak. So saya susun waktu ikut husband saya punya kelapangan jaga anak.

6. Time management. In previous saya ade mention timeline. Sangat penting anda buat timeline sendri dan anda kene follow timeline tersebut. kena disiplin. Sebab kalau anda langgar anda juga yng susah sebab research takkan siap.

7. Elakkan beralasan. Kenapa saya cakap macam tu?sebab kita ni tends to like cakap "pendrive hilang, sy demam, sy sakit kaki, sy sedara sakit itu la ini la, sy bersalin lagi and list goes down." Ni anda kene semat betul dalam hati. Apa yg saya tulis ni. Alasan demi alasan takkan pernah bantu anda tlg settlekan thesis tu. Selagi anda tak siapkan selagi tu la tak settle thesis tu. Dan semakin lama la waktu atau tahun yang diambil nak settlekan master. Sebab tu ada org siapkan master sampai 5 6 tahun. Ada juga sampai 9-10 tahun. Same goes to PhD. But again, setiap perjalanan belajar tu telah ditetapkan oleh Allah. 


Sebab buat master by research dan PhD ni bukan mcam anda skor dekan every sem mcm diploma degree. Tapi macamana anda handle pengurusan masa dan juga macamnaa anda cari jalan penyelesaian untuk anda hadap semua masalah atau cabaran sepanjang journey tu.
Dan paling penting:

8. JAGA hubungan anda dengan ALLAH. Jaga hubungan dengan adikberadik, mak ayah, pasangan, kawan - kawan. Sebab bijak mana pon kita ni, rezeki, otak yang bijak , kesihatan tubuh badan semua pinjaman ALLAH pada kita. Jadi jagalah hubungan dengan Allah. Insyaallah Allah permudahkan semua perjalanan anda siapkan master thesis tu. Trust me. Masa nila anda nak banyakkan solat sunat dhuha, tahajud dan semua solat yang ada. Insyaallah anda akan perasan anda jadi org yang lebih baik bila sambung study. Dekat situ anda dah grab dua benda duniawi : genggam skroll ijazah master akhirat: anda ada 'bekal' di alam sana nanti.





Alhamdulillah, walaupun dengan status saya berkahwin dan ada anak seorang masa belajar master by research ni, saya berjaya siapkan dalam masa 2 tahun setengah dengan DUA penerbitan artikel Scopus index dan proceeding berindeks. Oral presentation di international conference Istanbul , Turki dan poster presentation di postgraduate conference Melaka.




Saya rasa itu saja la setakat ini. kalau ada nanti saya share lagi. Next post saya nak share tips untuk mohon biasiswa untuk PhD boleh juga guna pakai untuk master. Stay tuned gais!


Friday, August 7, 2015

tips sambung master by research

Assalamualaikum...aku tak biasa tulih blog...but actually dari dulu aku memang suka bab2 tulih2 ni...cuma kekangan masa and maybe internet dolu2 tak selaju sekarang..aku hanya menulis offline...after few years since first time aku buat blog ni..aku tak pernah post atau tulih apa2 except my first post ice breaking..alright pagi2 buta ni disaat husband dan anak lelaki kesayangan aku lena dibuai mimpi..aku mengadap laptop untuk siapkan slide real viva to finish my master....jeng jeng...

First of all, aku buat master ni because aku dapat scholar TPM UiTM. Yang mana pada aku satu scholar yang bukan senang bila perlu buat presentation di depan more than 10 people in a room..which is prof, dr etc haa ko...tak ke gigil tuuuu....alhamdulillah aku anggap satu rejeki dan keajaiban allah kepada aku kerana aku tahu mungkin ada orang lebih layak namun allah berikn rezeki itu kepada aku..Alhamdulillah...please percaya sehebat mana sebijak mana segeliga mana pun otak kancil kita ni...at the end of the day semua nya datang dari Allah...dan semuanya pinjaman DIA kepada kita....

So, after 2 years bergelut dengan thesis, data collection, data analysis..bla bla....finally its time for viva...please doakan aku...doakan aku berjaya settlekan viva ni with minor correction which aku tak perlu present balik or whatsoever...this for my backbone husband and son...and parents and parents in law...all laa....so here i would give some tips if you have planning to further in master by research which I believe if coursework master should be different environment...I would say master by research dah ala2 ko buat PhD cuma beza study duration diberikan ko siapkan research lebih lama and level reserach ko mungkin tak sepanjang and sesusah PhD....but still master by research tak semudah ko buka kulit kacang...so here some tips.:

1. Please...betulkan NIAT...actually apa niat ko sebenarnya sambung study...nak show off? nak lebih tinggi dari orang lain supaya ko boleh berhidung tinggi dengan orang lain? atau niat untuk menuntut lebih mendalam ilmu yang mana ko nak bantu orang lain satu hari nanti...renung2kan...This first step akan menentukan arah tuju study dan kejayaan ko kelak..seriously!!!!....
2. Be prepare dengan apa yang kau nak buat nanti..jangan start with dapat offer letter with zero idea of research apa ko nak buat nanti..At least prepare one draft proposalll....not topic...but area of research yang ko nak study.....so takde la blur yang amat bila ko pergi jumpa supervisor ko untuk pertama kali...(aku ngaku aku la manusia tu..blur gile mase first jumpaaaa tu...but my sv sangat helpful siap bagi pendrive die lagi kat aku...sbb terkapai cari pendrive xjumpa)..jangan buat perangai macam aku..dapat sv garang..habislaaa ko...first impression dah tak best jadinya....
3. Do your own planning or timeline..berapa lama ko nak prepare time buat proposal bla2.....huarggggghhh...ngantuk...

nanti aku sambung lagi...tata....

Ini sambungan PART 2 https://myazara-myazarablog.blogspot.com/2020/07/

Monday, February 14, 2011

Ice breaking

Huh, first time menulis blog...huuu..dah lama nak try tapi kesibukan dengan tanggungjawab sebagai pelajar chewah..by the way my first writing in this blog, not much things to say, akan menjadi tempat aku menulis samada dari segi feeling, experiences, knowledge and others....

Bye2..to be continue...