sebelum saya start dengan lebih jauh. Saya dah selamat viva dan lulus master by research within 2 years and half. Saya sepatutnya siap lebih awal, dah submit thesis awal, tapi ada isu potential examiner pada masa itu so ambil masa 6 bulan proses tukar examiner masa tu. Sekarang mungkin lebih cepat. So please discuss dengan supervisor ni awal supaya tak berlaku kesilapan macam saya. Apapon, saya selamat graduate dan merupakan org pertama graduate by research untuk program saya di fakulti sains kesihatan. Kawan - kawan yg daftar lebih awal dari saya graduate juga tapi after 2 years later saya graduate. Ada juga yang hilang ada juga yang quit terus. Again sebab tu pentingnya betulkan NIAT sebelum start master by research. jangan ikut kawan atau orang lain. INGAT takdir hidup dan jalan hidup kita ni Allah susun tak sama. Mana yang terbaik buat kita belum tentu terbaik buat orang lain. Long short story, saya hampir lupa nak sambung blog ni sebab busy sangat. Saya skrg anak 3 dan dah 4 tahun keje UiTM. Saya mula menulis balik sebab ada benda yang saya rasa nak share dengan org supaya boleh membantu dan bermanfaat untuk orang lain. Iaitu saya berjaya dapat biasiswa Yang Dipertuan Agong biasiswa yang berprestij. Yang ni saya cerita di entry lain ya. Ok tips seterusnya:
4. Sangat penting reflect diri, anda kena jadi orang yang sangat self - initiative sepanjang jadi student master by research ni. sebab its LONELY journey. Hanya anda je tahu apa masalah research dan dugaan yang anda lalui. Kawan - kawan kalau ada pon mereka akan lonely dengan masalah research diorg sendri. So if anda orang yang jenis nak kena ada org ingatkan atau org 'ketuk' bru nak jalan better jangan pilih master by research. Or else anda akan jadi dikalangan org yang quit atau hilang tanpa khabar berita.
5. Self learning. Saya byk pergi kursus dan bayar sendri kos kursus untuk saya belajar seperti kos Nvivo, Mendeley dan beberapa lagi yang berkaitan dengan skills yang saya perlu ada untuk siapkan thesis saya. Mmg jiwa saya by research ni. Sebab saya bebas pilih nak g kos apa dan bila nak pergi. very flexible sesuai dengan situasi saya sambung master sambil jaga anak. So saya susun waktu ikut husband saya punya kelapangan jaga anak.
6. Time management. In previous saya ade mention timeline. Sangat penting anda buat timeline sendri dan anda kene follow timeline tersebut. kena disiplin. Sebab kalau anda langgar anda juga yng susah sebab research takkan siap.
7. Elakkan beralasan. Kenapa saya cakap macam tu?sebab kita ni tends to like cakap "pendrive hilang, sy demam, sy sakit kaki, sy sedara sakit itu la ini la, sy bersalin lagi and list goes down." Ni anda kene semat betul dalam hati. Apa yg saya tulis ni. Alasan demi alasan takkan pernah bantu anda tlg settlekan thesis tu. Selagi anda tak siapkan selagi tu la tak settle thesis tu. Dan semakin lama la waktu atau tahun yang diambil nak settlekan master. Sebab tu ada org siapkan master sampai 5 6 tahun. Ada juga sampai 9-10 tahun. Same goes to PhD. But again, setiap perjalanan belajar tu telah ditetapkan oleh Allah.
Sebab buat master by research dan PhD ni bukan mcam anda skor dekan every sem mcm diploma degree. Tapi macamana anda handle pengurusan masa dan juga macamnaa anda cari jalan penyelesaian untuk anda hadap semua masalah atau cabaran sepanjang journey tu.
Dan paling penting:
8. JAGA hubungan anda dengan ALLAH. Jaga hubungan dengan adikberadik, mak ayah, pasangan, kawan - kawan. Sebab bijak mana pon kita ni, rezeki, otak yang bijak , kesihatan tubuh badan semua pinjaman ALLAH pada kita. Jadi jagalah hubungan dengan Allah. Insyaallah Allah permudahkan semua perjalanan anda siapkan master thesis tu. Trust me. Masa nila anda nak banyakkan solat sunat dhuha, tahajud dan semua solat yang ada. Insyaallah anda akan perasan anda jadi org yang lebih baik bila sambung study. Dekat situ anda dah grab dua benda duniawi : genggam skroll ijazah master akhirat: anda ada 'bekal' di alam sana nanti.
Alhamdulillah, walaupun dengan status saya berkahwin dan ada anak seorang masa belajar master by research ni, saya berjaya siapkan dalam masa 2 tahun setengah dengan DUA penerbitan artikel Scopus index dan proceeding berindeks. Oral presentation di international conference Istanbul , Turki dan poster presentation di postgraduate conference Melaka.
Saya rasa itu saja la setakat ini. kalau ada nanti saya share lagi. Next post saya nak share tips untuk mohon biasiswa untuk PhD boleh juga guna pakai untuk master. Stay tuned gais!